Kepada pelayar laman web yang dihormati,
Perkara : Penjelasan untuk Artikel Utusan Malaysia bertajuk “Ditawar biayai bisnes RM1 juta”bertarikh 13 Jun 2013.

Kami ingin memaklumkan bahawa kiriman khidmat pesanan ringkas (SMS) ke telefon bimbit pelanggan adalah dari pihak SME Factors Sdn Bhd dengan bertujuan menjemput peniaga-peniaga berminat untuk menghadiri sesi informasi kami untuk mendapat maklumat yang lebih lanjut mengenai pembiayaan pemfaktoran yang kami tawarkan dan bagaimana pemfaktoran boleh membantu peniaga-peniaga tersebut dalam perniagaan mereka.

SME Factors Sdn Bhd merupakan sebuah Syarikat persendirian yang menawarkan Pemfaktoran Bai Al-Dayn . Matlamat kami adalah untuk menyediakan kemudahan aliran tunai kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan kami sentiasa bersedia untuk membantu dan menyokong perniagaan PKS di Malaysia.

Untuk makluman anda, Kemudahan Pemfaktoran Bai Al-Dayn melibatkan penjualan dan pembelian inbois pada harga diskaun, yang merupakan prinsip yang diterima oleh Syariah. Pemfaktoran adalah satu jenis instrumen kewangan yang membolehkan peniaga-peniaga untuk menarik dana dengan mencairkan akaun penghutang. Perkhidmatan Pemfaktoran ini membantu peniaga-peniaga mendapatkan aliran tunai dengan segera dan membantu peniaga-peniaga menguruskan kewangan untuk pertumbuhan syarikat.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Pegawai Khidmat Pelanggan kami di talian
1-700-81-7117

Pihak Pengurusan
SME Factors Sdn Bhd